Kalau
di kedai emas, mereka mempunyai alat khas untuk mengukur saiz jari anda
dan terus memberi jawapan saiz cincin anda. Oh ya, jangan tidak tahu
pula ya, kerana setiap cincin mempunyai saiz yang berbeza. Yelah, kita
pun mempunyai tangan dan jari yang tidak sama. Ada yang tirus
panjangnya, ada yang bulat dan sebagainya. Oleh itu dengan alatan khas
(bentuknya bulat dan mempunyai cincin yang dari pelbagai saiz) yang
mereka ada, anda hanya perlu masukkan cincin tersebut, yang mana
bersesuaian dengan jari anda. Dengan itu, tahulah saiz cincin anda!
Manakala bagi cara manual. Yang turut anda boleh lakukannya hanya di rumah. Cara dan alatan yang anda perlukan sangat lah mudah untuk didapati.
Alatanya adalah :
a) Kertas atau Benang
b) Gunting
c) Pensil
d) Pembaris
Caranya:
a) Tenangkan
jari jemari anda. Gunting kertas anda lebih kurang 2cm lebar dan
panjangnya pula, anggarkan sejengkal. Begitu juga benang. Gunting benang
anda anggaran sejengkal.
b) Ambil kertas atau benang yang anda gunting tadi, lilitkan di jari manis anda.
Info
tambahan : Ukurlah jari anda ketika siang kerana masa ini jari anda
mengembang dan saiznya mungking berbeza jika anda membuat ukuran pada
malam hari dan juga jangan ukur jari anda sewaktu masih basah, sebaiknya
ketika kering.
c) Seterusnya,
tandakan di mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan
terlalu longgar. Cukup dengan keselesaan anda. Tandakan dengan pensil
anda tadi
d) Setelah
tandakan pertemuan kedua hujung benang mahupun kertas anda itu tadi,
letakkan sebaris pembaris anda, dan ukurkan ukuran benang atau kertas
anda itu tadi. Pastikan ukuran dilakukan di dalam “mm” ya!
e) Rujuklah panduan saiz cincin/ukur lilit jari. Siap!
No comments:
Post a Comment