Tuesday 26 August 2014

Cara Ukur Saiz Cincin

Adalah penting untuk anda terutamanya bakal pengantin di luar sana mengambil berat akan cara mengukur lilit jari. Mungkin ada yang di luar sana berpendapat untuk terus sahaja membeli di kedai, atau kata lain dengan membuat ukuran terus menerus dari sana. Tapi, bukan kah lagi manis dan romantic jika anda tahu saiz ukur lilit jari pasangan anda. Bukan apa, senang lah nanti kalau anda rancang untuk surprise kan pasangan dengan hadiahkan mereka sebentuk cincin. So kali ni kami nak tun juk cara ukur saiz cincin.

Kalau di kedai emas, mereka mempunyai alat khas untuk mengukur saiz jari anda dan terus memberi jawapan saiz cincin anda. Oh ya, jangan tidak tahu pula ya, kerana setiap cincin mempunyai saiz yang berbeza. Yelah, kita pun mempunyai tangan dan jari yang tidak sama. Ada yang tirus panjangnya, ada yang bulat dan sebagainya. Oleh itu dengan alatan khas (bentuknya bulat dan mempunyai cincin yang dari pelbagai saiz) yang mereka ada, anda hanya perlu masukkan cincin tersebut, yang mana bersesuaian dengan jari anda. Dengan itu, tahulah saiz cincin anda!

Manakala bagi cara manual. Yang turut anda boleh lakukannya hanya di rumah. Cara dan alatan yang anda perlukan sangat lah mudah untuk didapati.
 Alatanya adalah :
a) Kertas atau Benang
b) Gunting
c) Pensil
d) Pembaris

Caranya:
a)         Tenangkan jari jemari anda. Gunting kertas anda lebih kurang 2cm lebar dan panjangnya pula, anggarkan sejengkal. Begitu juga benang. Gunting benang anda anggaran sejengkal.

b)         Ambil kertas atau benang yang anda gunting tadi, lilitkan di jari manis anda.
            Info tambahan : Ukurlah jari anda ketika siang kerana masa ini jari anda mengembang dan saiznya mungking berbeza jika anda membuat ukuran pada malam hari dan juga jangan ukur jari anda sewaktu masih basah, sebaiknya ketika kering.

c)         Seterusnya, tandakan di mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Cukup dengan keselesaan anda. Tandakan dengan pensil anda tadi

d)         Setelah tandakan pertemuan kedua hujung benang mahupun kertas anda itu tadi, letakkan sebaris pembaris anda, dan ukurkan ukuran benang atau kertas anda itu tadi. Pastikan ukuran dilakukan di dalam “mm” ya!

e)         Rujuklah panduan saiz cincin/ukur lilit jari. Siap!

kredit to iKAHWIN

No comments:

Post a Comment