Monday 21 April 2014

PERMIT TANAMAN GAHARU


Harini bukak website MTIB baru tahu kne buat permit rupanya kalau nak tanam gaharu secara komersial.



Spesis pokok karas atau Aquilaria spesis  kini merupakan salah satu spesis terkawal di bawah Convention On International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). Semenjak kemasukan Aquilaria spesis ke dalam senarai spesis terkawal di bawah CITES, Malaysia tidak terkecuali daripada memainkan peranan untuk mengawal pengeluaran gaharu. 
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah dilantik oleh CITES sebagai Management Authority bertanggungjawab mengeluarkan permit eksport, import dan sijil eksport semula CITES bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah.





Kerajaan juga telah menggubal perundangan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 686) yang mula berkuat kuasa pada 28 Disember 2009.  Akta tersebut mewajibkan pendaftaran dengan Management Authority bagi semua aktiviti pembiakbakaan secara buatan (nurseri/ladang karas) daripada mana-mana spesis terjadual bagi maksud perdagangan komersial.  Pengusaha-pengusaha nurseri dan ladang karas secara komersial adalah diwajibkan berdaftar dengan MTIB selaku Management Authority.Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menetapkan kuota eksport tahunan produk gaharu (Aquilaria spp.) sebanyak 200,000 kg.

Sunday 20 April 2014

TANAMAN POKOK GAHARU

Apakah yang dimaksudkan dengan Gaharu ?


Pokok Gaharu, Karas atau Agarwood merupakan merupakan sejenis pokok hutan yang satu ketikanya banyak terdapat di Malaysia. Ianya juga merupakan sejenis pokok dari keluarga kayu balak dan memakan masa yang lama untuk membesar. Gaharu merupakan nama panggilan bagi sejenis damar yang terhasil melalui kaedah semula jadi berpunca daripada tindak balas atau daya tahan pokok gaharu ke atas serangan fungus hutan, bakteria ataupun penyakit. Tindak balas ini sama fungsinya seperti tubuh manusia di mana keupayaan tubuh bertahan daripada serangan penyakit kemudian menghasilkan hormon atau antibiotik bagi tujuan penyembuhan. 




Di sini pokok yang telah terkena serangan penyakit atau fungus, mengeluarkan cecair yang merupakan minyak yang berbau bagi melindungi bahagian yang tercedera. Sepanjang proses ini berlaku cecair minyak ini lama kelamaan akan mengeras dan akhirnya dikenali sebagai damaratau resin. Damar yang terhasil daripada proses tidak balas ini mengandungi particleatau resapan damar yang wangi dan kemudiannya dikenali sebagai Gaharu atau resin.

Kegunaan Gaharu

Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan.


Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.
SUMBER








KENAPA MESTI PILIH INDUSTRI GAHARU..?







Gaharu merupakan industri yang berpotensi untuk diusahakan.. Kenapa..?? Ini sebabnya :
1) Permintaan untuk gaharu sentiasa meningkat kerana pengeluaran yang kurang setiap tahun.
   - Asia Tenggara hanya dapat mencapai 20% dari permintaan terhadap gaharu di pasaran Arab Saudi sahaja. 

2) Harga teras gaharu sahaja boleh mencecah sehingga RM14 ribu - RM18 ribu per kilogram(kg).
3)Penanaman gaharu di Malaysia boleh dikatakan belum cukup popular berbanding getah atau sawit.
4) Keseluruhan bahagian pokok gaharu boleh dikomersialkan
   - Teras gaharu boleh dijadikan minyak wangi
   - Daun boleh dijadikan air teh @ green tea
   - Batang pokok gaharu boleh dijadikan kayu minyak melalui penyulingan dan bahan membuat colok(bahan bakar untuk keagamaan cina dan buddha).

 Hasil Gaharu

Pokok gaharu yang ditanam mengambil masa 3 - 4 tahun untuk mencapai tempoh matang dan boleh disuntik jika batang pokok cukup besar untuk menghasilkan teras. Selepas disuntik, pokok memerlukan paling kurang 18 bulan untuk menghasilkan teras yang berkualiti. Jadi, kesemuanya mengambil masa selam 5 - 6 tahun untuk  mendapatkan hasil gaharu. Adakah ia berbaloi..?? 


POTENSI

Mengapa anda perlu tanam gaharu ?. Kerana pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi. Katakan purata setiap pokok bernilai antara RM 2 000 hingga RM 5 000 sebatang selepas 6 tahun. Jadi jika kita menanam sekurangnya 1000 batang pokok bagi keluasan tanah satu ekar.
Ini bermakna :
INGAT: 1000 BATANG X RM 3 000 = RM 3 000 000
Masa : 6 tahun (purata pendapatan RM500 ribu setahun)



Tuesday 15 April 2014

Apakah sword bearer?


PERINGATAN: Panduan ini disediakan sebagai rujukan umum sahaja dan bersumberkan pengalaman yang dilalui. Penulis sedia menerima sebarang komen atau pun pandangan mengenai Istiadat ‘Sword Bearer’ yang lebih tepat dari segikaedahnya. Panduan yang disediakan ini adalah berasaskan kepada tatacara anggota ATM secara umum.


ISTIADAT ‘SWORD BEARER’

1.Anggota terdiri drpd 8-14 orang dilengkapi dgn pedang istiadat ATM.

2. Anggota berada berpasangan mengadap antara satu sama lain dgnmemberikan ruang laluan kpd pengantin ditengah-tengahnya.


x faham tengok gambo tu lelame nanti paham la ye... hee










Pedang ni lambang kekuasaan sejak zaman - berzaman.  katenye lah. haha
Bukan machine gun, bukan M16. Tapi pedang..
Gagahnya raja kerana pedangnya. TAk kiralah zaman bila pun. 

dalam 2 -5 bulan yang lepas ad la terlibat dgn bende nih.. cakap banyak x gune layankan je.




antara anggota yang terlibat


















Upah JCB korek parit

Orang selalu cakap 'korek parit kebun tu kalau da tersumbat'. Da memang kne korek la kn klau da tersumbat cmni... haha









 ini la rupe bentuk jentera yang digu8nakan . orang kampung panggil bajak JCB je. walaupn brand die bukan JCB pn... haha



Yang penting siap dan hasilnya pn jadila cmni... hehe


permainan wau yang semakin dilupakan

Musim kemarau yang melanda memberi seribu makna dan hikmah yang tersendiri. Kemarau kali ini disertai angin kencang pada waktu petang yang menggalakkan tercetusnya idea untuk bermain wau. haha






 Generasi Y, terutamanya generasi selepas tahun 1990 je yang pandai main wau ni. Jom jenguk hobi musim kemarau kali ni.




ADA APA DENGAN PENDAWAIAN ELEKTRIK (WIRING)

semua orang nak buat rumah cantik. betul tak?
nak hiasan dalaman semua cantik. tapi.........

susah nak cari wireman untuk pasang lampu dan wiring alin yang bermacam bagai. rujuk bawah kalau nak tau lanjut pasal harga wiring semasa.



1. Pendawaian lampu = RM 70---RM 100
2. Pendawaian kipas = RM 70---RM100
3. Pendawaian soket 13A = RM 85-----100
4. Pendawaian aircond (1.5HP kebawah) = RM180
5. Pendawaian aircond (2.0HP/2.5HP) = RM 190
6 Pendawaian Water Heater (tanpa piping) = RM150

7. Pendawaian dan pemasangan papan agihan elektrik(DB) 6 hala satu fasa = RM350


kalau bawah ni adalah harga standard biasa wiring 
(upah pasang)


- Harga pendawaian lampu dari                RM 35----->RM75 !!
- Harga pendawaian kipas dari                 RM 40
----->RM85 !!
- Harga pendawaian soket plug dari          RM 50
----->RM85 !!
- Harga pendawaian water heater dari       RM 50
----->RM140 !!
- Harga pendawaian aircond dari              RM 50
----->RM180 !!


Kalau murah sangat2, sila tanya 
- HARGA UNTUK BERAPA KAKI JARAK ?
-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN, SAIZ,IKUT SPEC X?
-JENAMA ALAT TAMBAH, SUIS, MCM ,ELCB, DAN LAIN2?
-JAUH KE TEMPAT KERJA??
-ADA CAS TERSEMBUNYI KE?
-KE NI HARGA UPAH JE?
KE NI HARGA PASANG JE XTERMASUK WIRING??
-WATER HEATER AMEK DARI DB (FIUS 20A)  KE...KE LOOPING PLUG 



SEBAB WIRING INI BERKAIT DENGAN NYAWA DAN HARTA BENDA ANDA..
SILA BERHATI- HATI ye kawan-kawan.

SENARAI/ PURATA HARGA  WIRING MALAYSIA 




1 unit MAIN SWITCH 2P/240V/63A
1 unit RCCB
6 unit MCB 6A/16A/20A.

10. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod = RM150/lot

* Nota: Harga pendawaian di atas adalah termasuk soket dan suis menggunakan penyaluran kabel PVC atau uPVC conduit di permukaan.

Harga Pemasangan Lampu dan Kipas:

1. Pasang semua jenis lampu filamen = RM10
2. Pasang semua jenis lampu pendarfluor = RM 15
3. Pasang semua jenis lampu downlight = RM 15
4. Pasang semua jenis lampu Hiasan = RM20
5. Pasang semua jenis lampu Hiasan (melebihi 5 mentol) = RM25 keatas
6. Pasang semua jenis kipas = RM35

Harga Termasuk Membekal dan Memasang Lengkapan:

 Membekal dan memasang casing lampu downlight termasuk mentol PLC berkualiti jenama Philips atau Osram.
Lampu downlight saiz 100mm/4inci = RM 45
Lampu downlight saiz 125mm/5inci = RM 50
Lampu downlight saiz 150mm/6inci = RM 55
Lampu downlight LED? Sila hubungi untuk harga terkini.

4. Membekal dan memasang kipas siling.

Jenis kipas KDK (standard 3 bilah) = RM170
Jenis kipas KDK/Panasonic (remote 4 bilah) = RM 290
Jenis kipas KDK/Panasonic (remote 5 bilah) = RM 320

Terma Penggunaan Jenis kabel, Soket, Suis, Lampu dan Casing Lampu:

1. Pendawaian lampu/kipas menggunakan kabel 2 x 1.5mm yang diluluskan oleh SIRIM.
2. Pendawaian soket 13A menggunakan kabel 2 x 2.5mm yang diluluskan oleh SIRIM.
3. Pendawaian Auto Gate/Water Heater/Aircond menggunakan kabel 2 x 4.0mm persegi yang diluluskan oleh SIRIM.
4. Menggunakan soket plug 13A/15A yang diluluskan oleh SIRIM.
5. Menggunakan casing lampu pendarfluor jenis standard yang diluluskan oleh SIRIM dan mentol jenama Philips.
6. Menggunakan casing lampu downlight jenis standard dan mentol PLC berkualiti jenama Philips atau Osram.

*Terma Kos Tambahan*
"kalau rumah panjang,mestila 1 gulung kabel pun x ckup,huhu jadi untuk rujukan customer,kami lengkapkan terus supaya jelas dan amanah n__n  dan tidak akan wujud cas tambahan yang tersembunyi .harga still boleh runding sampai jadi

1. Tambahan RM8.00 per meter/3.3 kaki untuk pendawaian kabel 2 x 1.5mm atau 2 x 2.5mm jika melebihi 15 meter/50 kaki setiap unit..

2. Tambahan RM12.00 per meter/3.3 kaki untuk pendawaian kabel 4.0mm jika melebihi 15 meter/50 kaki setiap unit.

3. Tambahan RM30.00 per unit untuk pendawaian terbenam tidak melebihi 2 meter/6.6 kaki, tambahan RM15.00 per meter/3.3 kaki jika melebihi.

4. Tambahan RM30.00 per unit untuk pendawaian menggunakan G.I conduit(paip besi bergalvani) tidak melebihi 4 meter/16.4 kaki, tambahan RM8.00 per meter/3.3 kaki jika melebihi.

5. Tambahan RM15.00 per unit untuk pendawaian menggunakan kabel 2 x 2.5mm jenis double insulated(2 lapis penebat) tidak melebihi 15 meter/50 kaki, tambahan RM10.00 per meter/3.3 kaki jika melebihi.

6. Tambahan RM20.00 per unit untuk penambahan MCB 6A/16A/20A.

7. Tambahan RM5.00 per unit untuk kerja menebuk lubang siling lampu jenis downlight.

8. Tambahan RM10.00 per unit untuk pemegang kipas siling.

Terma Harga dan Servis:

1. Harga yang ditawarkan di atas mungkin akan berubah mengikut harga pasaran kabel dunia.
2. Harga yang ditawarkan adalah untuk kegunaan domestik atau rumah kediaman sahaja,kilang dan industri lain la sebab diorang 3 fasa,luas dan pakai trunking.
3. Penggunaan perencah(scaffolding), skylift bagi tempat yang tinggi dan sebagainya akan dikenakan cas tambahan mengikut bilangan kuantiti dan bilangan hari bagi skylift sebab kami kena sewa.
4. Tambahan penyediaan servis penghantaran dan membekal sebanyak RM100.00 akan dikenakan jika nilai kerja/projek/sebutharga kurang dari RM300.00.
5. Harga di atas hanya untuk kawasan di sekitar johor.

kredit kepada :brader ni