Monday 21 April 2014

PERMIT TANAMAN GAHARU


Harini bukak website MTIB baru tahu kne buat permit rupanya kalau nak tanam gaharu secara komersial.



Spesis pokok karas atau Aquilaria spesis  kini merupakan salah satu spesis terkawal di bawah Convention On International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). Semenjak kemasukan Aquilaria spesis ke dalam senarai spesis terkawal di bawah CITES, Malaysia tidak terkecuali daripada memainkan peranan untuk mengawal pengeluaran gaharu. 
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah dilantik oleh CITES sebagai Management Authority bertanggungjawab mengeluarkan permit eksport, import dan sijil eksport semula CITES bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah.





Kerajaan juga telah menggubal perundangan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 686) yang mula berkuat kuasa pada 28 Disember 2009.  Akta tersebut mewajibkan pendaftaran dengan Management Authority bagi semua aktiviti pembiakbakaan secara buatan (nurseri/ladang karas) daripada mana-mana spesis terjadual bagi maksud perdagangan komersial.  Pengusaha-pengusaha nurseri dan ladang karas secara komersial adalah diwajibkan berdaftar dengan MTIB selaku Management Authority.Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menetapkan kuota eksport tahunan produk gaharu (Aquilaria spp.) sebanyak 200,000 kg.

No comments:

Post a Comment