Thursday 5 June 2014

Membayar balik pinjaman  atau Simpanan Masa Hadapan

Dana kecemasan diibaratkan dengan cerita dongeng ahli sihir kerana hanya dengan menggunakan tongkat sakti (kad ATM) untuk mendapatkan wang bantuan pada masa yang diperlukan. Biasanya, kita mengumpul wang ini bukan dengan kuasa sihir, tetapi dengan titik peluh kita sendiri, betul tak? Anda pasti tahu caranya iaitu selepas mengira bajet anda, sebarang lebihan wang harus dimasukkan ke dalam akaun wang kecemasan.
Untuk lebih jelas lagi, faedah ke atas pinjaman anda akan sentiasa lebih tinggi daripada faedah yang diperolehi pada akaun simpanan anda dengan mana-mana akaun simpanan (termasuk deposit tetap!). Oleh itu, cara yang terbaik dan paling logik ialah dengan membayar pinjaman anda. Sebaik sahaja bayaran dilangsaikan, anda boleh menabung dengan kadar lebih setiap bulan.

Pinjaman biasa yang Anda Perlu Bayar Balik

Berikut adalah peraturan umum biasa: Jika kos faedah pinjaman anda adalah lebih daripada 4% p.a, kemudian membayarnya dengan cepat! Lunaskan terlebih dahulu pinjaman anda daripada menabung terlebih dahulu. Anda sekali gus tidak akan dikenakan penalti yang tinggi untuk membayar balik pinjaman anda.
Jika anda mempunyai beberapa pinjaman untuk dilunaskan, fokus untuk melunaskan pinjaman yang paling mahal terkebih dahulu. Beberapa contoh yang paling biasa.
  • Kad Kredit
  • Pendahuluan Tunai
  • Overdraf
  • Flexi Mortgage 

Tuesday 3 June 2014

kadar BLR 2013

Kadar BLR 2013.
Affin Bank Berhad – 6.60 %
Alliance Bank Malaysia Berhad – 6.60 %
AmBank (M) Berhad – 6.60 %
Bangkok Bank Berhad – 6.60 %
Bank of America Malaysia Berhad – 6.30 %
Bank of China (Malaysia) Berhad – 6.55 %
Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad – 6.25 %
CIMB Bank Berhad – 6.60 %
Citibank Berhad – 6.60 %
Deutsche Bank (Malaysia) Berhad – 6.50 %
EON Bank Berhad (Merged With Hong Leong Bank) – 6.60 %
Hong Leong Bank Berhad – 6.60 %
HSBC Bank Malaysia Berhad – 6.60 %
J.P. Morgan Chase Bank Berhad – 6.20 %
Malayan Banking Berhad – 6.60 %
OCBC Bank (Malaysia) Berhad – 6.60%
Public Bank Berhad – 6.60 %
RHB Bank Berhad – 6.60 %
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad – 6.60 %
The Bank of Nova Scotia Berhad – 6.60 %
The Royal Bank of Scotland Berhad – 6.25%
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad – 6.60%
Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN) – 6.55%
Bank Rakyat – 6.30%
Bank Muamalat Malaysia Berhad – 6.35%
ICBC (Malaysia) Berhad – 6.30%
Bank Islam Malaysia Berhad – 6.60%
Al-Rajhi Bank (Malaysia) Berhad – 6.30%
Sumitomo Mitsui Banking Corporation – 6.55%
-Sumber dari agendasemasa.com-
Kesannya terhadap peminjam.
Turun naiknya BLR akan  mempengaruhi peminjam yang membuat pinjaman dari bank. Ini disebabkan jumlah bayaran bulanan peminjam akan meningkat jika BLR bank dinaikkan dan begitu sebaliknya. Pada kebiasaannya bank akan menghantar notis kepada peminjam berkenaan kadar BLR yang turun atau naik kepada peminjam bagi memaklumkan kadar BLR semasa.Kenaikkan BLR ini terkesan dan akan ditanggung oleh peminjam yang membuat pinjaman dari bank, oleh itu kita perlu sentiasa peka dengan kadar turun naik OPR dan BLR bank ini. Golongan yang selalu peka dengan kadar ORR dan BLR bank – bank ini adalah seperti peniaga dan pelabur. Orang ramai juga harus peka dengan perkembangan OPR dan BLR ini bagi menguruskan kewangan kita.Kepada pembaca yang ingin berkongsi tambahan maklumat , bolehlah tinggalkan comment anda ye.