Sunday 20 April 2014

TANAMAN POKOK GAHARU

Apakah yang dimaksudkan dengan Gaharu ?


Pokok Gaharu, Karas atau Agarwood merupakan merupakan sejenis pokok hutan yang satu ketikanya banyak terdapat di Malaysia. Ianya juga merupakan sejenis pokok dari keluarga kayu balak dan memakan masa yang lama untuk membesar. Gaharu merupakan nama panggilan bagi sejenis damar yang terhasil melalui kaedah semula jadi berpunca daripada tindak balas atau daya tahan pokok gaharu ke atas serangan fungus hutan, bakteria ataupun penyakit. Tindak balas ini sama fungsinya seperti tubuh manusia di mana keupayaan tubuh bertahan daripada serangan penyakit kemudian menghasilkan hormon atau antibiotik bagi tujuan penyembuhan. 




Di sini pokok yang telah terkena serangan penyakit atau fungus, mengeluarkan cecair yang merupakan minyak yang berbau bagi melindungi bahagian yang tercedera. Sepanjang proses ini berlaku cecair minyak ini lama kelamaan akan mengeras dan akhirnya dikenali sebagai damaratau resin. Damar yang terhasil daripada proses tidak balas ini mengandungi particleatau resapan damar yang wangi dan kemudiannya dikenali sebagai Gaharu atau resin.

Kegunaan Gaharu

Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan.


Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.
SUMBER








KENAPA MESTI PILIH INDUSTRI GAHARU..?







Gaharu merupakan industri yang berpotensi untuk diusahakan.. Kenapa..?? Ini sebabnya :
1) Permintaan untuk gaharu sentiasa meningkat kerana pengeluaran yang kurang setiap tahun.
   - Asia Tenggara hanya dapat mencapai 20% dari permintaan terhadap gaharu di pasaran Arab Saudi sahaja. 

2) Harga teras gaharu sahaja boleh mencecah sehingga RM14 ribu - RM18 ribu per kilogram(kg).
3)Penanaman gaharu di Malaysia boleh dikatakan belum cukup popular berbanding getah atau sawit.
4) Keseluruhan bahagian pokok gaharu boleh dikomersialkan
   - Teras gaharu boleh dijadikan minyak wangi
   - Daun boleh dijadikan air teh @ green tea
   - Batang pokok gaharu boleh dijadikan kayu minyak melalui penyulingan dan bahan membuat colok(bahan bakar untuk keagamaan cina dan buddha).

 Hasil Gaharu

Pokok gaharu yang ditanam mengambil masa 3 - 4 tahun untuk mencapai tempoh matang dan boleh disuntik jika batang pokok cukup besar untuk menghasilkan teras. Selepas disuntik, pokok memerlukan paling kurang 18 bulan untuk menghasilkan teras yang berkualiti. Jadi, kesemuanya mengambil masa selam 5 - 6 tahun untuk  mendapatkan hasil gaharu. Adakah ia berbaloi..?? 


POTENSI

Mengapa anda perlu tanam gaharu ?. Kerana pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi. Katakan purata setiap pokok bernilai antara RM 2 000 hingga RM 5 000 sebatang selepas 6 tahun. Jadi jika kita menanam sekurangnya 1000 batang pokok bagi keluasan tanah satu ekar.
Ini bermakna :
INGAT: 1000 BATANG X RM 3 000 = RM 3 000 000
Masa : 6 tahun (purata pendapatan RM500 ribu setahun)



1 comment:

  1. Macamana stuktur tanah yg betul untuk penanaman gaharu...adakah ia nya memilih tanah atau boleh di tanam di mana saja atau pelbagai jenis tanah

    ReplyDelete