Monday, 25 August 2014

Apa itu GST?

Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang susah nak faham.
Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.
Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran. 

Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 
Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?

Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;
Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita. 
Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.
 
 
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali. 
  • Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.

No comments:

Post a Comment