Sunday, 21 December 2014

Proses menjual kereta terpakai anda kepada direct buyer


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni saya nak tulis sesuatu yang di luar bidang IT, di mana saya baru sahaja berjaya membuatnya tanpa menggunakan ejen atau pun runner.

Macamana caranya nak jual kereta kepada direct buyer dan bukannya kepada used car company?

Menjual kereta anda kepada used car company sememangnya mudah, namun anda akan kerugian ribuan ringgit kerana used car company pun tentu nak untung juga! Selain itu, anda juga berisiko untuk kena tipu.

Ada juga kes yang mana kereta baru pakai 3 tahun, tapi loan ada 6 tahun lagi. Bila calculate balik full settlement dengan harga yang ditawarkan oleh used car company, anda siap kene topup lagi duit supaya kereta anda boleh tolak.

Situasi saya samalah seperti di atas. Wife saya nak kereta baru, maka saya perlulah menjual kereta Persona miliknya. Bila tanya used car company, mereka cuma nak ambil dengan harga RM 33 K sedangkan hutang di bank ada lagi RM 35 K!

Saya pun cuba-cuba melihat market price Persona Auto 1.6 M-Line di The Star Classified. Market Price lebih kurang 36 K sehingga 38 K. Saya pun ambil gambar kereta wife saya, dan postkan iklan di mudah.my dengan harga RM 36, 900.

Tak sampai seminggu, macam-macam orang call bertanyakan tentang kereta milik wife saya tu. Tapi, saya nasihatkan anda semua, berhati-hati ketika memilih buyer. Ramai yang dah kena tipu di mudah.my. Memilih buyer adalah di atas kebijaksanaan anda sendiri. Kalau kena tipu, saya tak tanggung ye ... :)

Saya postkan iklan kereta tu semasa bulan Puasa. Ada seorang buyer tu call saya dan kata dia urgent nak pakai kereta. Sebabnya dia nak balik Raya dan keretanya pulak rosak dan berada di workshop. Buyer tu cakap lagi, dia nak bayar saya RM 2K sebagai deposit, nanti lepas raya baru dia nak buat loan!! Kata saya dalam hati, banyak cantik muka ko!! Saya takkan terpedaya dengan penipu macam ni!


Nasihat saya kepada anda, biar selective memilih buyer jangan nanti menangis di kemudian hari. ( Agak tak rhyme pulak proverb yang saya buat sendiri ni! hehe)

Akhirnya, selepas raya baru saya dapat buyer yang saya yakini setelah berjumpa dengan beliau. Dapat deal dengan harga RM 36,500.

So, next step apa?

Kat sinilah ramai orang yang kantoi. Selalunya orang akan upah runner untuk uruskan segala-galanya. Upah runner bukannya murah yer. Range upah lebih kurang RM 500 sehingga RM 2 K pun ada!

Anda boleh suruh buyer anda apply loan kereta, atau anda applykan loan untuk buyer tersebut. Di sini mungkin kita terpaksa trust buyer kita, atau buyer terpaksa trust kita. Sebabnya maklumat peribadi perlu diberikan.

Pihak bank memerlukan copy of:

Buyer:
------------

IC
Payslipt
Bank Statement


Seller (anda lah )
--------------

IC
Geran kereta

Kalau anda nak uruskan permohonan pinjaman kenderaan di bank, anda perlu minta 3 perkara tersebut daripada buyer. Tapi, kalau buyer anda nak uruskan sendiri, anda pulak terpaksa berikan 2 perkara tersebut kepada buyer anda.

Nak langkah yang selamat? Dua-dua orang pergi ke bank serentak dan bawakan dokumen-dokumen yang diperlukan di atas.

Kebiasaanya, pihak bank akan melihat kereta yang ingin dijual, dan mengambil gambar kereta serta nombor chasis untuk memastikan kereta itu bukan kereta potong atau curi.

Dalam kes saya, pihak bank ambil gambar setelah loan approved.

Berapa lama bank nak approve loan untuk buyer?

Bergantung. Selalunya tak sampai seminggu. Tapi, bank akan approve loan untuk yang beli dengan used car atau syarikat kereta (Honda, Proton, Perodua) dulu barulah meneliti permohonan untuk direct buyer ni. Kalau minggu tu ramai yang apply loan, dan yang apply tu direct dari syarikat kereta atau pun used car, maka lambatlah sikit nak approve.

Bank takkan approve 100% loan ye. Contohnya jika anda jual kereta anda dengan harga RM 36,500, besar kemungkinan bank akan approve RM 31,000 sahaja kepada buyer anda sahaja.

So, once loan dah approved, bank akan mintak buyer anda bayar full amount. Dalam kes ni, buyer anda perlu bayar ke bank RM 5,500 lagi setelah loan approved RM 31,000. (Rm 5,500 + RM 31,000 = RM 36,500).

Haa? Dah tu bilanya saya nak dapat duit? Semua bayar kat bank??

Jangan risau. Jika loan anda masih ada RM 35, 000, bank akan tolakkan harga kereta yang anda jual dan bayar bakinya dalam akaun anda. Contohnya di sini, anda jual kereta anda pada harga RM 36,500, maka RM 1,500 lagi bank akan masukkan dalam akaun simpanan anda (RM 36,500 - RM 35,000 = RM 1,500).

Puspakom Check

Ini perlu dilakukan oleh anda sendiri. Siapa yang pelu tanggung kosnya? Hmm ... anda boleh bawak berbincang dengan buyer anda. Tapi bagi saya, lebih baik anda masukkan siap-siap harga kereta anda + kos puspakom check. Buyer dah beli kereta anda berpuluh ribu, takkanlah puspakom check yang tak sampai seratus kosnya tu anda nak suruh buyer tanggung jugakkan? Jadi, untuk mengelakkan konflik dengan buyer, masukkan je siap-siap kos puspakom check tu pada harga kereta!

Kalau nak selesa, saya nasihatkan hantar kereta anda ke Puspakom Padang Jawa sebab tempatnya besar dan luas. Puspakom Bangi dan Cheras not recommended as tempatnya kecik dan anda pun tak selesa nak beratur dan menunggu.

Eloknya datang pagi-pagi. Tapi kalau dah terlambat, baik anda datang pukul 1.30 petang. Sebabnya Puspakom akan berhenti berehat pada pukul 1.00 hingga pukul 2.00 petang. Anda sampai pukul 1.30 petang dan beratur siap-siap (kereta anda yang perlu beratur, jadi park di tempat yang betul!). Pukul 2.00 petang Puspakom akan buka pintu gate dan anda boleh terus drive masuk.

<Berhenti merokok sekarang. Klik di sini

Geran Kereta, penting!!


Kalau datang puspakom tanpa geran kereta, memang anda membuang masa saja. Pastikan anda dah mintak geran kereta awal-awal dari pihak bank sebelum anda datang ke puspakom.

Semasa pendaftaran di Puspakom, pastikan anda beritahu yang anda nak buat check B5 dan B7. Bayarannya adalah RM 90 sahaja. Setelah pembayaran dibuat, terus drive kereta ke lorong 2 (Puspakom Padang Jawa).

note: Jika Buyer anda membeli kereta anda secara cash, pemeriksaan B7 tidak diperlukan.

Pemeriksaan mengambil masa tidak sampai 15 minit. Anda boleh duduk tunggu di situ atau minum teh tarik sekejap di kedai makan berhampiran (jalan kaki je).

Tunggu nmbor plate kereta anda dipanggil setelah pemeriksaan selesai. Anda akan diberi sijil pemeriksaan lulus untuk B5 dan B7.

Kembali ke bank

Geran kereta, borang Puspakom Lulus B5 dan B7 perlu diserahkan semula ke bank dimana buyer anda membuat loan. Setelah itu, pihak bank akan membuat urusan full settlement kereta anda dan membayar semula duit baki anda.

Urusan tersebut mengambil masa dalam seminggu. Bank juga akan membuat urusan e-batal di mana nama anda akan dilepaskan dari menjadi tanggungan terhadap kereta tersebut.

Setelah selesai semua, barulah anda boleh serahkan kereta anda kepada buyer .

sumber

Thursday, 18 December 2014

CARA KIRA BAYARAN DEPOSIT BELI RUMAH (AKAUN SIMPANAN)

KAEDAH INI ADALAH jika anda MENGGUNAKAN AKAUN SIMPANAN



Sila pastikan amaun di dalam akaun tersebut memang mencukupi untuk membayar 10 peratus downpayment + legal fee + amaun yang perlu ditambah, 

jika ada (biasanya, bank akan value rendah daripada harga owner nak jual) kerana pihak bank hanya akan mengambil kira 70% sahaja daripada jumlah keseluruhan simpanan. 


Untuk lebih memahami, disini ada sedikit latihan matematik yang mudah

Contohnya: 
*Harga rumah yang ingin dibeli = RM100K 

*10 peratus downpayment= 0.1 x 100K=10K 

Berapakah jumlah simpanan (S) yang diperlukan sekiranya, JIKA hanya 70 peratus sahaja yang diluluskan dari 100K tersebut ? 

S = 10,000 x 0.7 = RM14,286 (minimum) 

70 peratus x S = 10k (downpayment) 

p/s : ini belum termasuk bayaran yuran dokumen perundangan + pinjaman (S&P) & 

*lagi banyak lagi bagus. 

Pengiraan yang diberikan adalah dengan mengambil kira 90 peratus loan (polisi Bank Negara) yang diluluskan oleh pihak bank. Lagi satu, kalau bank value lebih rendah daripada harga yang owner nak jual, masukkan juga amaun yang perlu ditambah. Nahhh, itu la jumlah simpanan yang diperlukan untuk sokongan pinjaman  rumah idaman tuan/puan.

 


Sumber Rujukan:  Akaun Simpanan Sebagai Dokumen Sokongan Pinjaman

Thursday, 28 August 2014

Akaun Semasa Terbaik ( CURRENT ACCOUNT)

Setiap bank di Malaysia harus mempunyai akaun semasa, tetapi lain pula untuk setiap individu! Mengetahui sama ada anda benar-benar perlu membuka satu akaun semasa boleh menyelamatkan ratusan ringgit dalam setahun. Bank sentiasa cuba untuk mengelirukan kita dengan caj baru, promosi, insentif, insentif, faedah yang lebih tinggi, dan terutamanya ‘terma & syarat’.
Dalam panduan ini kami akan menyenaraikan semua yang anda perlu tahu tentang akaun semasa, dan jenis akaun semasa yang paling sesuai untuk anda!

Apa itu Akaun Semasa?

Sama seperti akaun simpanan, akaun semasa ialah sejenis akaun deposit yang boleh didapati di semua institusi perbankan utama di Malaysia. Tetapi mengapa kita memerlukan akaun semasa? Ciri utama dan yang terpenting akaun ini ialah kebolehan untuk membuat pembayaran cek. Selain daripada itu, kedua-dua akaun simpanan dan akaun semasa mempunyai ciri-ciri biasa pengeluaran, pemindahan dana, GIROs Interbank, pembayaran bil dan lain-lain.

 Tetapi setiap bank mempunyai syarat tersendiri sebagai syarat pembukaan akaun semasa ini.


terpulang kepada anda untuk buka akaun dimana yang anda suka ye. Perbandingan akaun semasa terbaik : DISINI

Tuesday, 26 August 2014

Cara Ukur Saiz Cincin

Adalah penting untuk anda terutamanya bakal pengantin di luar sana mengambil berat akan cara mengukur lilit jari. Mungkin ada yang di luar sana berpendapat untuk terus sahaja membeli di kedai, atau kata lain dengan membuat ukuran terus menerus dari sana. Tapi, bukan kah lagi manis dan romantic jika anda tahu saiz ukur lilit jari pasangan anda. Bukan apa, senang lah nanti kalau anda rancang untuk surprise kan pasangan dengan hadiahkan mereka sebentuk cincin. So kali ni kami nak tun juk cara ukur saiz cincin.

Kalau di kedai emas, mereka mempunyai alat khas untuk mengukur saiz jari anda dan terus memberi jawapan saiz cincin anda. Oh ya, jangan tidak tahu pula ya, kerana setiap cincin mempunyai saiz yang berbeza. Yelah, kita pun mempunyai tangan dan jari yang tidak sama. Ada yang tirus panjangnya, ada yang bulat dan sebagainya. Oleh itu dengan alatan khas (bentuknya bulat dan mempunyai cincin yang dari pelbagai saiz) yang mereka ada, anda hanya perlu masukkan cincin tersebut, yang mana bersesuaian dengan jari anda. Dengan itu, tahulah saiz cincin anda!

Manakala bagi cara manual. Yang turut anda boleh lakukannya hanya di rumah. Cara dan alatan yang anda perlukan sangat lah mudah untuk didapati.
 Alatanya adalah :
a) Kertas atau Benang
b) Gunting
c) Pensil
d) Pembaris

Caranya:
a)         Tenangkan jari jemari anda. Gunting kertas anda lebih kurang 2cm lebar dan panjangnya pula, anggarkan sejengkal. Begitu juga benang. Gunting benang anda anggaran sejengkal.

b)         Ambil kertas atau benang yang anda gunting tadi, lilitkan di jari manis anda.
            Info tambahan : Ukurlah jari anda ketika siang kerana masa ini jari anda mengembang dan saiznya mungking berbeza jika anda membuat ukuran pada malam hari dan juga jangan ukur jari anda sewaktu masih basah, sebaiknya ketika kering.

c)         Seterusnya, tandakan di mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Cukup dengan keselesaan anda. Tandakan dengan pensil anda tadi

d)         Setelah tandakan pertemuan kedua hujung benang mahupun kertas anda itu tadi, letakkan sebaris pembaris anda, dan ukurkan ukuran benang atau kertas anda itu tadi. Pastikan ukuran dilakukan di dalam “mm” ya!

e)         Rujuklah panduan saiz cincin/ukur lilit jari. Siap!

kredit to iKAHWIN

CUB PRIX KLUANG 2014 KONVOI YAMAHA 135lc

 Pada 24 ogos 2014 bertempat di stadium kluang barat telah berlangsungya cub edisi2014. Jom layankan foto yang sempat di snap oleh gua. haha




 kelab ylc135 se johor... hehe



























Barisan jentera yang menyertai konvoi. Katanya ni last dapat sponser.

.



 Sesi pembahagian baju free. Gua rezeki terpijak je dapat baju ni... haha

 Ni part yg paling best, dapat minya moto FREE beb. Ruginye gua isi minyah punuhhhhhhhh

 Aikss minyak free makan pun FREE beb

 pusingan ke-6 katanya lah.
 free gift dari NGK

 Layan corner dulu bro.....
 nak gambar cantik kt SINI